Breast Facts B. Malaysia BCWA Info MBCC Q & A Archive Downloads Links Feedback Search For...

Home Latest News CoR MP About Us Contact Us Terms of Use Radiology Malaysia

PSP


Dikemaskini: 02/03/2012

Artikel-Artikel
Menarik

 

Maklumat Kanser
Pengesanan Awal
PSP
Rawatan
Penjagaan Semasa
Dibawah 35 Tahun
Mamografi
Ketulan Tak Bahaya
Ceritaku
Arkib

 

Peranan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP)

Keadaan natural

Apabila anda melakukan sendiri pemeriksaan payudara anda, mungkin anda menemui sesuatu yang  mencurigakan. Anda harus ingat bahawa setiap wanita itu mempunyai sifat fizikal payudara yang berbeza yang boleh disebabkan oleh peningkatan umur, semasa haid, semasa hamil atau semasa mengambil pil pencegahan kehamilan. Adalah normal bagi payudara seseorang wanita terasa sedikit bergumpal dan tidak rata. Sebelum atau semasa haid, payudara boleh membengkak atau terasa sakit. Ini perlu diingati supaya anda mengetahui keadaan payudara anda sebelum anda mengesan sesuatu kelainan yang mencurigakan.

Kenapa PSP?

PSP tidak boleh menggantikan pemeriksaan klinikal oleh doktor anda. Walaubagaimanapun, ia boleh membantu mengesan kanser payudara lebih awal. Pemeriksaan mamografi atau pemeriksaan fizikal yang dibuat setahun sekali mungkin menunjukkan payudara anda berkeadaan normal, tetapi kanser payudara boleh terjadi dalam masa di antara waktu selepas pemeriksaan tersebut dengan waktu pemeriksaan berikutnya.

 

Andalah yang sebenarnya bertanggungjawap terhadap kesihatan serta kewalafiatan diri anda.

PSP merupakan sesuatu yang anda boleh melakukan untuk kesihatan payudara anda. Ia hanya memerlukan beberapa minit setiap bulan.

 

Back Home Up Next

Copyright © 2001-2012, Epromed Services Sdn Bhd
All Rights Reserved
Terms of Use