Breast Facts B. Malaysia BCWA Info MBCC Q & A Archive Downloads Links Feedback Search For...

Home Latest News CoR MP About Us Contact Us Terms of Use Radiology Malaysia

PSP


Dikemaskini: 02/03/2012

Artikel-Artikel
Menarik

 

Maklumat Kanser
Pengesanan Awal
PSP
Rawatan
Penjagaan Semasa
Dibawah 35 Tahun
Mamografi
Ketulan Tak Bahaya
Ceritaku
Arkib

 

Kenapa pemeriksaan sendiri payudara (PSP)?

Kanser payudara boleh disembuhkan jika dikesan awal dan dirawat secepat mungkin. Payudara yang sihat mempunyai pelbagai saiz, bentuk dan tekstur. Untuk mengesan perubahan yang berlaku pada payudara anda, pemeriksaan payudara sendiri (PSP) keperluan utama.  

PSP adalah pemeriksaan payudara oleh anda. PSP membolehkan anda mengenali payudara sendiri. Apabila PSP dilakukan secara tetap, iaitu, sekali sebulan, ia akan membolehkan anda mengesan kelainan dan perubahan pada payudara sendiri. Meluangkan beberapa minit sebulan untuk membuat PSP mungkin boleh menyelamatkan nyawa anda.
 

Bilakah masa yang betul untuk melakukan PSP?

Jika anda masih datang haid, PSP patut dibuat 3 hari selepas haid “berhenti” ataupun 7 hingga 10 hari selepas bermulanya haid anda. Kalau sudah putus haid ataupun telah membuat pembedahan rahim (histerektomi) ataupun untuk kaum lelaki, PSP patut dibuat pada hari (tarikh) yang sama setiap bulan. Hari yang senang diingati adalah hari pertama setiap bulan.
 

Tanda-tanda yang perlu diperhatikan

-benjolan di payudara atau ketiak

-perubahan luarbiasa tekstur, bentuk, saiz payudara

-kulit payudara berkedut

-puting payudara tertarik ke dalam

-pendarahan atau lelehan luarbiasa dari puting payudara
 

Bagaimanakah saya boleh mengingati kelainan atau perubahan pada payudara saya?

Anda boleh merekodkan apa-apa perubahan atau kelainan dengan menggunakan gambarajah supaya anda boleh mengingati tempat terasanya kelainan dan ini membolehkan anda membuat perbandingan dari sebulan ke bulan yang berikutnya.

Contoh: Pangkah (Ë) menunjukkan tempat di mana anda terasa kelainan. Kalau anda membayangkan payudara anda sebagai “muka jam”, pangkah ini berada di payudara sebelah kiri jam 3:00 (pukul 3) dan 4 sentimeter daripada puting.
 

Apakah anda patut mengetahui mengenai tanda-tanda yang anda rasai?

Jangan lupa bahawa sebarang benjolan atau perubahan luarbiasa di payudara patut dilaporkan kepada doktor anda. Tetapi, haruslah diingati kebanyakan (80-90%) benjolan di payudara bukanlah kanser tetapi ketumbuhan tidak merbahaya (benign). Perasaan tidak “rata” atau penebalan terutamanya kalau terasa di kedua belah payudara adalah kerap dilaporkan dan selalunya merupakan tekstur payudara tersendiri.
 

Bagaimanakah melakukan PSP?

Melihat perubahan di hadapan cermin

Tanggalkan pakaian pada paras pinggang and berdiri di hadapan cermin. Angkat kedua-dua tangan anda ke atas. Memerhati saiz, bentuk, kulit dan keseimbangan payudara anda daripada beberapa sudut. Tangan sekarang diletak di sisi badan anda. Pusing ke kiri dan ke kanan dan memerhati payudara sekali lagi.  Selepas ini, memerhatikan payudara anda apabila menegangkan otot bahagian dada anda dengan mencekak pinggang dan menolak ke bawah.

 

 

Mengesan dengan cara berbaring

Untuk memeriksa payudara kanan, letakkan bantal di bawah bahu kanan. Ini adalah untuk menaikkan bahagian yang akan diperiksa. Kemudian letakkan tangan kanan anda di bawah kepala. Ini akan “mengemukakan” payudara yang lebih “leper” dan kurang bergerak semasa pemeriksaan dibuat.  

Gunakan tangan kiri untuk memeriksa payudara sebelah kanan. Gunakan tapak jari (finger pads) untuk menekan secara sistematik seluruh payudara anda. Pastikan tapak jari adalah selari dengan permukaan kulit payudara. Kaedah urutan menegak , pusingan (circular) atau “wedge” boleh digunakan. Pilihlah sistem yang anda terasa sesuai untuk anda dan gunakan kaedah yang sama setiap kali. Periksalah untuk benjolan.

Jangan lupa memeriksa seluruh payudara dan ketiak anda. Puting patut diperiksa untuk lelehan tetapi jangan menekan payudara dan puting terlalu kuat untuk mengeluarkan lelehan.

Tukarkan bantal ke bawah bahu kiri untuk memeriksa payudara kiri dengan tangan kanan anda.

Semasa sedang mandi, anda mungkin ingin melakukan PSP. Tangan yang bersabun menyenangkan pergerakan anda apabila merasai payudara anda untuk benjolan. Tetapi, ini merupakan langkah ekstra dan tidak patut menggantikan PSP cara berbaring.

 

 

Andalah yang sebenarnya bertanggungjawap terhadap kesihatan serta kewalafiatan diri anda.

PSP merupakan sesuatu yang anda boleh melakukan untuk kesihatan payudara anda. Ia hanya memerlukan beberapa minit setiap bulan.

Back Home Up

Copyright © 2001-2012, Epromed Services Sdn Bhd
All Rights Reserved
Terms of Use