Breast Facts B. Malaysia BCWA Info MBCC Q & A Archive Downloads Links Feedback Search For...

Home Latest News CoR MP About Us Contact Us Terms of Use Radiology Malaysia

B. Malaysia


Dikemaskini 18/06/2013

Artikel-Artikel
Menarik

 

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

 

Kandungan

Maklumat Kanser
Pengesanan Awal
PSP
Rawatan
Penjagaan Semasa
Dibawah 35 Tahun
Mamografi
Ketulan Tak Bahaya
Ceritaku
Arkib

Hit Counter

 

This web site is best viewed at 1024 x 768 resolution using:



You should also set your display to show 16M colours for better colour reproduction.

 

Get Macromedia Flash Player
Over 98.3% of all web users have the Macromedia Flash Player.

 

Whilst every effort is taken to ensure that information and other content on this site is as true and accurate as possible, there may be instances where errors may occur. In such an event, we should be grateful if you could notify us so that we can set the situation right.

We also take similar efforts to ensure that we do not infringe the rights of Copyright owners. Should you feel that we have committed a breach of copyright, please notify us so that we may arrange for the immediate removal of the material from this site.

 
 
 
 
 
 

 

 
 

Pusat Sumber Kanser Payudara

Di laman web yang seterusnya, kami telah menyediakan fakta-fakta kanser payudara serta juga peranan pemeriksaan Radiologi dalam pengesanan awal penyakit ini. Sila merujuk kepada “navigation bar” di sebelah kiri untuk membaca artikel-artikel tersebut.

Pesanan Istimewa


Peranan Dan Sokongan Lelaki Di Dalam Pengesanan Kanser Payudara

Pengesanan awal kanser payudara bukanlah tanggungjawab kaum wanita semata-mata. Kaum lelaki selaku ketua keluarga, abang atau teman lelaki yang prihatin perlu memainkan peranan penting untuk menggesa insan tersayang di dalam keluarga mereka menjalankan pemeriksaan mamografi.

Bacalah pandangan AA Kamal, klik di sini

 

Berita Dan Peristiwa

Program Gaya Hidup Sihat Bersama Pemimpim, Dewan Raya Sri Tebrau, Johor Bahru – 8 Mei 2010
Program ini dianjurkan oleh Persatuan Sokongan Kanser Payudara Johor Bahru dan Kelinik Kesihatan Sri Tebrau sempena Hari Ibu di Dewan Raya Sri Tebrau, Johor Bahru. YB Dato’ Shahrir Abdul Samad, Ahli Parlimen Johor Bahru telah melancarkan program ini yang ditajakan oleh Yayasan CIMB.

Akitiviti-aktiviti yang dianjurkan telah menerima sambutan yang hangat daripada orangramai. Orangramai mula berhimpun sejak 7 pagi. Tunjuk ajar untuk pemeriksaan sendiri payudara , ceramah kesihatan payudara dan mental oleh Dr Sarojah Arulanatham dan Dr Fadzil Mohd Saleh, pendaftaran untuk Program Mamogram Bernilai Kolej Radiologi, demonstrasi masakan nyonya oleh Florence Tan, demonstrasi tarian “Line Dance”, poco-poco, senaman ketawa dan senaman aerobic merupakan sebahagian daripada aktiviti yang berlangsung pada hari tersebut. Kelinik Kesihatan Tebrau telah menjalani pemeriksaan glukos, kolesterol,  tekanan darah dan ukuran BMI.
 

Peserta Program Mamogram Kolej Radiologi 2009 di Johor Bahru mengucapkan terima kasih – Dis 2009
Program Mamogram Kolej Radiologi telah dianjurkan sekali lagi di Johor Bahru, dan diselenggarakan oleh Persatuan Sokongan Kanser Payudara, Johor Bahru pada tahun 2009 (CMP2009). Inilah maklumbalas daripada sebahagian daripada peserta CMP2009.

Khoo Ah Moi
Saya ingin merakamkan terima kasih kepada Breast Cancer Support Group dan Kolej Radiologi, kerana memberi peluang kapada saya untuk menjalani ujian mamogram, dan mendapati kedua payudara saya tidak mengalami apa-apa masalah. Saya berasa begitu lega dan bersyukur. Sekali lagi terima kasih BCSGJB.

Sharifah Rogayah
Payudara saya tidak sama saiznya, malahan terdapat ketulan di bahagian pangkalnya atau di bawah ketiak kanan. Saya sentiasa bimbang and takut, tetapi setelah menjalani mamogram anjuran BCSG dan Kolej Radiologi KL, saya sangat gembira dan selesa serta tidak merasa bimbang lagi. Tiada lagi keabnormalan pada payudara saya. Jutaan terima kasih kapada BCSG dan Kolej Radiologi.

Painam Katini
Terima kasih BCSG dan Kolej Radiologi kerana dengan sedikit bayaran, saya gembira kerana saya tahu bahawa saya bebas dari kanser payudara.

Hamidah
Terima kasih tidak terhingga, kerana bantuan anda saya dapat menjalani ujian mamogram. Saya bersyukur kerana mempunyai payudara yang sehat. Sekali lagi terima kasih kepada BCSG dan Kolej Radiologi.
 

Malam Merah Jambu Memeriahkan Bangsar sekali lagi, Kuala Lumpur – 7 Nov 2009
Persembahan KL Drumline Corps merupakan item yang sungguh sesuai untuk menarik perhatian orangramai kepada Bangsar Village II (BVII) di Bangsar Baru, Kuala Lumpur. Walaupun masih hujan renyai-renyai, Rene’e Aziz Ahmad meneruskan dengan “stunt abseiling” dinding bahagian luar BVII di bawah pimpinan Chan Yuen Li (daripada Team 2020 Eco Challenge dan Nomad Adventure.

Kumpulan Harley Davidson Owners Group (HOGs) telah berlepas secara konvoi daripada ofis di Jalan 222, ke BVII. Bikers memakai coli yang dihias ataupun disulam dengan cara yang sungguh menarik dan bertema merah jambu, seakan-akan Mardi Gras. Mereka membawa Pink Challengers, kumpulan mendayung bot naga yang terdiri daripada mereka yang telah mengharungi kanser payudara. HOGs sampai tepat pada masanya, walaupun hujan.

Klik untuk lapuran penuh dalam Bahasa Ingeris
 

Majlis Makan Malam Estée Lauder Companies Untuk Kesedaran Kanser Payudara, KL Hilton – 16 Okt 2008
Hampir 500 orang telah menghadiri jamuan makan malam amal Estée Lauder Companies di Hilton Kuala Lumpur. Jamuan makan malam ini merupakan sebahagian daripada kempen kesedaran kanser payudara Estée Lauder Companies. Antara mereka yang turut menjayakan majlis ini adalah pereka fesyen tempatan yang terkenal – Carven Ong, Eric Choong, Khoon Hooi, Ridzwan Bohari dan Dato’ Tom Abang Saufi dengan rekaan berinspirasi merah jambu. DeGem pula telah mereka satu set barang kemas untuk “dilelong” untuk kutipan derma. Pengacara malam tersebut merupakan Yasmin Yusoff. Persembahan daripada Dennis Lau (“violin”), Jimmy Sax (“saxophone”) serta penyanyi Malaysia yang terkenal, Sheila Majid telah menyerikan majlis tersebut.

Badan yang menerima derma pada malam itu adalah Persatuan Kebajikan Kanser Payudara, Kolej Radiologi, Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia dan “Cancer Research Initiatives Foundation”.

Bacalah artikel dalam Bahasa Ingeris
 

Menara Kuala Lumpur – Menara Penuh Harapan untuk Kesedaran Kanser Payudara – 14 Okt 2008
Walaupun hujan turun dengan kilat dan guruh, upacara untuk menyerikan Menara Kuala Lumpur dengan lampu merah jambu telah dilangsungkan setelah ditunda untuk 90 minit. Ini merupakan inisiatif “Global Landmarks Illumination” oleh Estée Lauder Companies yang kedua di Malaysia. Yg Berbahagia Dato’ Zulkifli Mohamad, CEO Menara KL dan Encik Loo Kai Nan, MD untuk Estée Lauder Companies telah bergabung tenaga untuk usaha yang bermakna ini. Dari 14hb sehingga 31hb OktoberMenara KL akan kelihatan “berwarna” merah jambu setiap malam untuk 2 jam (8 mlm- 10mlm). YB Noriah Kasnon, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti telah memeriahkan upacara tersebut.

Bacalah artikel dalam Bahasa Ingeris
 

His and Her Story: Kompilasi pengalaman mengharungi kanser payudara, Kuala Lumpur – 21 Jun 2008
Kompilasi pengalaman daripada pasangan suami-isteri di mana suami memainkan peranan yang penting dalam menolong isteri mereka menghadapi kanser payudara sehingga pulih telah dilancarkan oleh YB Dato’ Dr Ng Yen Yen, Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti. Ini merupakan sebahagian daripada projek MENCARE oleh Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita dan Pfizer Malaysia.

Bacalah artikel dalam Bahasa Ingeris
 

Persatuan Sokongan Kanser Payudara Segamat Meraikan Kehidupan! – 15 Dis 2007
Mereka yang menyertai Jamuan Makan Malam Persatuan Sokongan Kanser Payudara Segamat (BCSS) tidak dapat mengenal pasti adakah wanita-wanita yang anggun dan bergaya pada malam itu pernah ditimpa kanser payudara! Ini memang matlamat BCSS, iaitu, untuk membuktikan masih ada harapan dan kehidupan yang bermakna selepas kanser payudara. Seramai 250 orang telah meraikan setahun lagi BCSS bertungkus lumus untuk menaikkan kesedaran pengesanan awal kanser payudara serta juga untuk menolong mereka yang mengidap kanser payudara melalui rawatan dan pemulihan selepas rawatan. BCSS juga merupakan rakan sekerja Kolej Radiologi dalam penyelengaraan Program Khas Mamogram Kolej Radiologi.

Lapuran Dalam Bahasa Ingeris
 

Jamuan Makan Malam Amal Estée Lauder, Hilton Kuala Lumpur 7 November 2007
Jamuan Makan Malam Khas Kempen Kesedaran Kanser Payudara Estée Lauder telah berjaya mengutip derma yang melebihi sasaran penganjurnya. Ini adalah kali pertama Estée Lauder menganjurkan jamuan makan malam untuk tujuan ini. Antara acara yang menarik adalah persembahan-persembahan dari Joanne Yeoh, Jaclyn Victor dan Vince Chong. Rekaan fesyen Carven Ong, Eric Choong, Khoon Hooi, Ridzwan Bohari dan Dato’ Tom Abang Saufi, dan sepasang kasut berwarna merah jambu rekaan Jimmy Choo telah “dilelong” oleh pengacara malam tersebut, Yasmin Yusoff. Badan yang menerima derma pada malam itu adalah Persatuan Kebajikan Kanser Payudara, Kolej Radiologi dan Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia

Bacalah artikel dalam Bahasa Ingeris
 

Estée Lauder Companies’ Lights up Pavilion Kuala Lumpur in Pink 1 Oktober 2007
Malam 1 haribulan Oktober 2007 merupakan kali pertama Malaysia terlibat dalam inisiatif “Global Landmarks Illumination” oleh Estée Lauder Companies. Inisiatif ini adalah hasil kerja Evelyn Lauder. Bahagian hadapan Pavilion, yang merupakan kompleks belibelah yang terbaru di Kuala Lumpur menyeri dengan warna merah jambu. Sedetik selepas perubahan warna bahagian hadapan bangunan ini ke warna merah jambu, persembahan bunga api dimulakan. Ini telah menyeronokkan suasana malam istimewa tersebut. Aktiviti ini merupakan permulaan yang sungguh menggalakkan untuk Bulan Merah Jambu Oktober – bulan kesedaran kanser payudara antarabangsa.

Bacalah artikel dalam Bahasa Inggeris
 

Bengkel Kesihatan Payudara Berlangsung pada bulan Sep 2007, Petaling Jaya 15 & 22 September 2007
“Betul-betul meningkatkan motivasi saya,” kata Tan Sar Fee dari Kluang Johor. Beliau telah menyertai bengkel untuk “pelatih kesihatan payudara” pada 15 Sep 2007. Bengkel-bengkel tersebut adalah untuk meningkatkan usaha dan motivasi, serta pengetahuan sukarelawan untuk kesihatan dan kanser payudara. Untuk mereka yang baru ingin mempelajari bagaimana peka terhadap kesihatan payudara sendiri, bengkel pada 22 Sep 2007 telah dianjurkan juga.

Bacalah artikel dalam Bahasa Ingeris
 

Artikel Semasa

Jangan lupa melayari artikel-artikel yang boleh diklikkan di bahagian kandungan atas sebelah kiri mukasurat laman ini.

Maklumat Kanser Klik di sini

Lapuran Daftar Kanser Nasional 2003 sekarang boleh diperolehi. Klik di sini

Ceritaku Ini merupakan seksyen untuk mengemukakan pengalaman serta pengajaran yang dilalui oleh mereka yang menghidap kanser payudara ataupun sudah ”sembuh” daripada penyakit ini. Klik di sini untuk Seksyen Ceritaku.
 

Bahan Pendidikan
Kesihatan Payudara Adalah Dalam Kawalan Anda
Buku panduan ini adalah interpretasi Dr Evelyn Ho berhubung keperluan kaum wanita Malaysia (serta lelaki) terhadap kesihatan payudara. Semua peserta-peserta bengkel kesihatan payudara, pesakit-pesakit dan semua yang telah berkongsi kesusahan dan persepsi-persepsi mereka berhubung pemeriksaan sendiri payudara telah memberi pengertian yang tak terhingga, inspirasi dan halacara dalam penghasilan buku ini. Lelaki juga tidak ketinggalan dan boleh menerima manfaat daripada buku ini.

Edisi kedua buku dalam Bahasa Inggeris sudah diterbitkan. Ia boleh diperolehi daripada Seketariat Kolej Radiologi
 

Risalah/Bahan pendidikan yang lain – klik di sini
 
Arkib Aktiviti Kempen Kesihatan Payudara
Di bawah adalah link kepada senarai serta lapuran (Bahasa Ingeris) aktiviti-aktiviti berkaitan kesihatan dan kanser payudara.
 








 

Arkib MAKLUM BALAS - Soal Jawab (Bahasa Malaysia dan Ingeris)

Seksyen Maklum Balas sekarang merupakan arkib maklum balas dan soal-jawab.

Klik di sini untuk terus ke seksyen soal jawab.
Antara soalan-soalan yang menarik adalah:

  •  
Lelehan puting – adakah ini kanser?
  •  
Memakai Baju Dalam (Bra) – adakah ini berkaitan kanser payudara?
Bantulah kami untuk menyebarkan maklumat ini

Kami telah menghabiskan masa yang begitu lama untuk menghasilkan maklumat-maklumat ini pada laman web ini.  Kesemua ini akan menjadi tidak bermakna sekiranya anda tidak membantu kami menyebarkan maklumat ini kepada rakan taulan, saudara mara, kenalan serta ahli keluarga anda. Tingkatkan kesedaran mereka terhadap kanser payudara serta pentingnya tindakan pengesanan awal.

Bertandanglah ke laman Web Pusat Sumber Kanser (Kesihatan) Payudara untuk membolehkan anda mendapatkan maklumat serta pengetahuan mengenainya. Mungkin ia akan membolehkan anda menyelamatkan nyawa.

Dr Evelyn Ho
Penyunting/Pengarang Radiology Malaysia
Jun 2013

 


Program Khas Mamogram Kolej Radiologi

Estee Lauder merupakan penderma program khas mamogram Kolej Radiology tahun ini.

Breast Cancer Support Society, Segamat dan Johor Bahru merupakan pusat untuk mendaftarkan diri untuk menyertai program ini. Sepertimana tahun-tahun yang lalu, hanya mereka yang berkelayakkan akan diterima untuk program mamogram ini. Bayarannya hanyalah RM30-50.

Telefon:
07-9325228 (Segamat)07-3357211 (Johor Bahru)
09-5163799 (Pusat Payudara UIA, Kuantan)


Untuk lebih maklumat, klik di sini


Program Subsidi Mamogram LPPKN


Untuk maklumat lanjutnya, sila melayari www.lppkn.gov.my


Kesihatan Payudara Adalah Dalam Kawalan Anda


Buku ini merupakan
panduan yang praktikal untuk mereka yang ingin mengetahui teknik memeriksa payudara
sendiri ataupun untuk meningkatkan keyakinan
diri terhadap kesihatan payudara.

Edisi kedua buku dalam Bahasa Inggeris sudah diterbitkan. Ia boleh diperolehi daripada Seketariat
Kolej Radiologi


Buku Panduan Penjaga Hospis Malaysia



Buku ini merupakan satu panduan yang dihasilkan oleh Hospis Malaysia untuk mereka yang menjaga seseorang dengan penyakit kronik ataupun kanser.

Muat Turun dari laman web Hospis Malaysia


Video Digital RM-OPN2009:  Menikmati kehidupan sebaik mungkin walaupun menghidapi kanser payudara


Klik disini!


Prostesis luaran payudara percuma!

Terengganu telah mengumumkan yang ia akan memberi dengan percuma prosthesis luaran payudara dan coli (bra) selepas operasi “membuang” payudara untuk kanser payudara (mastektomi) untuk mereka yang berdaftar dengan Jabatan Surgeri Pesakit Luar di Hospital Terengganu (sila hubungi Jururawat Toh).


Radiology Malaysia mengucapkan
ribuan terima kasih kepada
Penterjemah Sukarelawan


Penterjemahan kepada Bahasa Malaysia
Lewis Lim
Hashimah Hashim
Nitra Sari Omar
Brian Lariche
Mohd Shujairi

Penterjemahan kepada Bahasa Cina (Mandarin)
Nancy Wong Lin See
Angeline JC Lok
Tan Yuen Fen
Wong Soh Wei
Yeow Kok Keng
Niki Cheong
Ox-Fei
Lian Hua Min
Ng Gwek Kor
Chong Kin Fatt
Wong Pei Chee
Heng Phaik Heok
Yee Pik Lai
Ong Luo Bin
Cindy Lim
Chin Lee Fong
Kwan Yau Oi
Tan Yee Chin
Liew Chong Sing


CeritaKu

Mereka telah berkongsi pengalaman dari segi pesakit kanser, suami, anak ataupun seseorang pemerhati. Bacalah
cerita yang telah diluahkan oleh pemenang-pemenang Peraduan MyStory:CeritaKu

Klik di sini


Artikel Lain Lain & Informasi


Apa yang anda ingin tahu mengenai pembinaan semula payudara?

Pengalaman Mamografi Saya

Di manakah mendapati prostesis luaran payudara di Malaysia?

Senarai Klinik Payudara Khas di Malaysia


Talian Kesihatan LPPKN (Healthline LPPKN)


Talian ini dilancarkan pada 25 Julai 2005 oleh YB Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Talian ini akan merangkumi maklumat mengenai kanser payudara, kanser serviks dan perkhidmatan saringan kesihatan.

Tal: 603- 6157 8877 (9 pagi – 5 petang, Isnin-Jumaat)
Laman web:
www.lppkn.gov.my


“Radiology Malaysia padat dengan berita
dan informasi,senang dilayari mudah difahami,menjana
minda keluargabestari”
– En Muhd Azmi B. Nurdin


Buku American Cancer Society telah diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia oleh Pekka, University Putra Malaysia

Judul-judul buku termasuk:
Soal Jawab Tentang Kanser Payudara
Lumpektomi: Panduan Untuk Pesakit
Mastektomi: Panduan Untuk Pesakit
Memahami Kemoterapi: Panduan Untuk Pesakit dan Keluarga
Untuk Wanita Yang Menghidap Kanser Payudara

Buku-buku ini boleh didapati daripada Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia.

Emel: contact@cancer.org.my
Talipon:
603-2698 7300


Maklumbalas:
Laman web ini langkah yang bijak….


Saya baru meneroka laman web Radiology Malaysia ini dan mendapati banyak info bermanfaat telah diberikan. Ini adalah
satu langkah bijak supaya penyebaran maklumat berkaitan bahaya kanser dapat disebarkan kepada umum. Tahniah dan terima kasih atas
segala usaha ke arah pembikinan laman web ini. Laman web ini
adalah suatu lembaran baru buat kami semua.

Norrafizah Minhad
11 Julai 2003

Back Home Next

Copyright © 2001-2012, Epromed Services Sdn Bhd

All Rights Reserved
Terms of Use