 Revised 08/02/2012
|  Program Mamogram Kolej Radiologi | Program Mamogram Kolej Radiologi 2012 (CMP 2012) Pada tahun 2001, program mamogram bagi mereka yang dianggap berisiko tinggi, berumur lebih daripada 40 tahun dan dari kumpulan berpendapatan rendah telah dimulakan oleh Kolej Radiologi dan Dana Radiologi Yayasan Persatuan Perubatan Malaysia.
Kolej Radiologi sungguh berterima kasih kepada Estée Lauder Companies (ELC) Malaysia oleh kerana dermaan daripada ELC telah membolehkan CMP berlangsung tahun ini.
Di manakan CMP 2012 berlangsung?
Segamat (Johor) dan kawasan disekelilingnya: Sila hubungi pusat tersebut Kolej Radiologi bekerjasama dengan Breast Cancer Support Society, Segamat (BCSS, Segamat) dan Pusat Payudara UIA, Kuantan, Pahang untuk menyediakan CMP 2012. Pusat Payudara UIA telah menerima akreditasi Kolej Radiologi sebagai pusat mamogram untuk CMP kerana memenuhi criteria tertentu. Johor Bharu dan kawasan di sekelilingnya: Sila hubungi pusat tersebut Dengan kerjasama Breast Cancer Support Group, Johor Bahru (BCSGJB), dan Jabatan Pengimejan Diagnostik Hospital Pakar Puteri yang diiktiraf oleh Kolej Radiologi, CMP 2012 sedia ada untuk Johor Bahru dan kawasan di sekelilingnya. Kuantan dan kawasan di sekelilingnya: Sila hubungi pusat tersebut Kolej Radiologi berkerjasama dengan Pusat Payudara Universiti Islam Malaysia untuk menyediakan servis CMP untuk Kuantan dan kawasan sekelilingnya.
Apakah Bayaran Untuk Mamogram Dalam Program Ini? RM 30-50. Untuk mereka yang tidak berupaya, seluruh kos mamogram akan dibiayai Kolej Radiologi.
Bagaimana Menyertai Program Mamogram Bersubsidi Ini? Hanya wanita yang layak dan telah didaftar untuk program mamogram ini boleh menyertai CMP. BCSS, Segamat, BCSG, JB dan Pusat Payudara Universiti Islam Malaysia merupakan pusat-pusat mendaftar dan pemerosesan.
Kriteria Kelayakan Untuk Program Mamogram Bersubsidi Sesiapa yang memenuhi syarat di bawah boleh menyertai program ini dengan keadaan siapa yang awal di layan pertama (bilangan mamogram yang dapat di laksanakan terhad): Mesti sekurang-kurangnya berumur 40 tahun Berpendapatan rendah - Anda mungkin diminta membuktikan keadaan tersebut Sasaran kami adalah ibu tunggal (single mothers) dan mereka yang mempunyai riwayat keluarga kanser payudara
Faktor Risiko untuk kanser payudara termasuk: Mempunyai ibu, kakak atau anak yang mengidap kanser payudara Bermasa emas (menopause) dan menjalani terapi hormon Pernah mengidap Kanser Payudara Mempunyai ketulan di payudara atau beberapa perubahan baru pada payudara sehingga para doktor menggalakkan anda menjalankan mamogram
| Siapakah Yang Membiayai Subsidi Untuk Mamogram Anda Dalam Program Ini? Selain daripada pembayaran RM 30-50, semua kos tambahan mamogram bernilai ini akan ditanggung oleh derma yang diterima/dikutip untuk program CMP Kolej Radiologi. Apakah Yang Anda Memperolehi Untuk Mamogram ini? -- Satu Program Mamogram Yang Bernilai
Mamogram ini termasuk empat imbasan asas dan jika perlu mamogram tambahan dari imbasan lain akan dijalankan termasuk ujian ultrasound tanpa sebarang kos tambahan kepada peserta supaya sebelum mereka meninggal pusat mamogram, mereka akan diberi penerangan jelas mengenai mamogram mereka. Apabila perlu, kaunseling juga akan diberi. Bagi mereka dengan keputusan yang tidak normal, mereka akan diberi rujukkan tambahan ke pusat pilihan mereka. Telah terbukti bahawa memberi keputusan mamogram sebaik sahaja ujian tersebut dijalankan akan membantu mengurangkan perasaan cemas yang sering dikaitkan dengan ujian mammogram.
Wanita dengan payudara yang padat (nisbah kelenjar kepada lemak adalah begitu tinggi sehingga terdapat ‘banyak tisu putih’ dalam filem mamogram) mungkin memerlukan menjalankan ujian ultrasound tambahan terpulang kepada corak pada mamogram serta petanda pada payudara orang tersebut. CMP akan Membiayai Kos Biopsi Tisu Berpandu Pengimejan Sejak tahun 2006, segelintir wanita yang mempunyai keputusan mamogram di mana mereka memerlukan biopsi tisu berpandu pengimejant telah menerima prosidur tersebut dengan kosnya dibiayai CMP Kolej Radiologi. Servis ini akan berterusan untuk tahun ini. | | Kolej Radiologi selalu menekankan mutu yang tinggi. Apakah ini bermaksud bagi peserta program mamogram? | Sejak 2004, proses pengiktirafan pusat mamogram oleh Kolej Radiologi telah diperkenalkan kerana Kolej Radiologi mengambil berat tentang mutu mamogram tersebut. Proses ini dijalankan secara sukarela dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pusat di negeri sasaran kami yang telah maklum balas kepada proses ini. Mutu perkhidmatan begitu penting jika mamografi diharapkan dapat mengesan kanser payudara pada tahap yang awal. Filem mamogram mesti berkualiti tinggi, payudara perlu di posisi dengan tepat dan dimampatkan dengan cukup demi mengesyorkan interpretasi mamogram adalah lebih tepat. | | Kesihatan Payudara Dalam Kawalan Anda! | Mamogram bukanlah sesuatu pemeriksaan yang tepat 100%. Walaupun dilaksanakan dengan betul dan dibaca oleh seorang pakar yang berpengalaman dan berpengetahuan luas, ketepatan mamogram mengesan kanser payudara hanya setinggi 90%. Bagi wanita dengan payudara yang padat, kadar mengesan lebih kurang lagi. Walau bagaimanapun cara ini merupakan cara terbaik mengesan kanser sebelum ia dapat dirasa dengan pemeriksaan klinikal ataupun pemeriksaan sendiri. Oleh itu, Kolej Radiologi mencadangkan bahawa Pemeriksaan Sendiri Payu Dara yang sistematik serta tepat dilaksanakan selain menjalankan mamogram yang mengikut jadual tertentu serta lawatan ke pakar perubatan untuk pendekatan yang menyeluruh bagi kesihatan payu dara. | | Bilangan peserta terhad kerana kewangan juga terhad | Kami tidak dapat menawarkan program ini kepada semua orang kerana kos tinggi menyediakan perkhidmatan yang bermutu dan kewangan adalah terhad. Laporan Program Mamogram Bersubsidi (Bahasa Inggeris) CoR Mammogram Programme 2001 to 2011 - click here! CoR Mammogram Programme Report [March 2011] - click here! CoR Mammogram Programme Mid year 2010 Report – Click here! CoR Mammogram Programme 2009 Report – click here! CoR Mammogram Programme 2008 Report - click here! CoR Mammogram Programme 2007 Report - click here!
CoR Mammogram Programme 2006 Report - click here! CoR Mammogram Programme 2005 Report – full report here!
Subsidised Mammogram Programme 2004 Report – read it here!
Subsidised Mammogram Programme 2003 Report - Read the report by clicking here.
Subsidised Mammogram Programme 2002 Report – click here for full details
Subsidised Mammogram Programme 2001 Report – read more about it here. Ceritaku Wanita yang menjadi peserta program ini berbincang tentang pengalaman mereka dengan mamogram - klik sini |
|
CMP Johor/Kuantan

Penyertaan dalam program mamogram bersabsidi Kolej Radiologi adalah menerusi pendaftaran sahaja.
Maklumat lanjut boleh didapati di tempat-tempat tertentu seperti di bawah. |  | Pusat Permohonan CMP
|  | Pusat Payudara Universiti Islam Malaysia Kuantan, Pahang Tel: 09-5163799 (mesti memenuhi kriteria)
Breast Cancer Support Society of Segamat JKR 49-B, Jalan Gudang Ubat 85000 Segamat Johor Tal/Faks: 07-932 5228
Emel: bcss_sgt@yahoo.com | The Breast Cancer Support Group, Johor Bahru 15, Jalan Rengas Taman Melodies Johor Bahru Tel: 07-3357211
Emel: bcsgjb04@hotmail.com
Laman web: http://www.bcsgjb.org
|  | Pusat Mamogram Beriktiraf Kolej Radiologi
|  | Pusat Payudara UIA Kuantan, Pahang
Jabatan Pengimejan Diagnostik Hospital Pakar Puteri Johor Bahru, Johor |  | Penghargaan
|  | Program Mammogram Kolej Radiologi tidak akan dapat bergerak tanpa bantuan pembekal mamogram sukarela kami. Kami terhutang budi kepada mereka yang tertera di bawah bagi penyertaan mereka dalam program CMP
Pusat Payudara, Universiti Islam Antarabangsa, Kuantan
Jabatan Pengimejan Diagnostik Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru
Kepada semua yang telah menolong menjayakan program kesedaran kanser payudara Kolej Radiologi. |  |
|