headerimage

“Kanser Mempunyai Maksud Yang ………….. Pada Saya”

Pada tahun 2005, Radiology Malaysia menganjurkan peraduan CeritaKu – untuk menggalakkan orang menulis tentang pengalaman mereka dengan kanser. Mereka yang menjaga pesakit kanser, kawan, rakan sekerja, jiran, sanak-saudara ataupun mereka yang menghidapi penyakit kanser diberi peluang untuk menulis “cerita” mereka. Tahun ini, semua termasuk generasi muda tidak ketinggalan. Semua digalak untuk berkongsi pengalaman, emosi, dan pendapat menerusi kraf tangan “Collage” (saiz yang maksima adalah saiz A3).

Kolej Radiologi tahun ini bergabung tenaga dengan Majalah Kidz untuk menyebarkan mesej kesedaran secara lebih meluas kepada masyarakat .

“Arahan” Khas
Setiap kraf tangan kolaj (“Collage”) mesti mengandungi satu ayat (dalam Bahasa Inggeris ataupun Bahasa Malaysia) yang terdiri daripada 4 ataupun 5 perkataan yang tersembunyi di reben merah jambu ataupun reben kuning di laman web Radiology Malaysia. Buatlah ayat yang sesuai dengan menggunakan set perkataan yang tersembunyi tersebut. Setiap ayat mestilah terdiri dari perkataan daripada satu set reben dan hanya dalam satu bahasa sahaja. 

KLU! Terdapat 4 atau 5 perkataan, satu siri dalam Bahasa Malaysia dan satu siri dalam Bahasa Inggeris yang tersembunyi di reben merah jambu. Terdapat 4 lagi perkataan yang tersembunyi di reben kuning. Ayat yang dibuat mestilah bermakna dan dalam satu bahasa sahaja! Hanya SATU ayat sahaja yang diperlukan dalam kraf tangan anda.

Reben-reben ini ada tersedia dalam laman web Radiology Malaysia – luangkanlah masa anda untuk melayari laman web tersebut!

Kanak-kanak – anda juga berpeluang menonjolkan bakat anda!
Untuk mereka yang berumur kurang dari 18 tahun, anda perlu mendapat kebenaran daripada ibubapa ataupun penjaga yang sah untuk memasuki peraduan ini. Kanak-kanak boleh minta pertolongan ibu, bapa, ahli keluarga yang sudah dewasa ataupun kawan dewasa untuk mencipta atau menggubah kolaj anda. Nama ahli dewasa yang menolong anda perlu dimasukkan dalam borang peraduan berserta dengan kebenaran daripada ibubapa/penjaga sah anda.

Lebih Maklumat Mengenai Kolaj Yang Perlu DiGubah!
Kolaj (“collage”) ini boleh digubah dengan menggunakan keratan suratkhabar, reben, sebahagian daripada lukisan lain, kad lama, foto, kotak ubat untuk rawatan kanser, apa saja yang anda ingati, rasa atau fikir ada kaitan dengan kanser. Semua ini boleh dilekat pada kain kanvas ataupun kertas. Saiz maksima hasil kraf tangan anda adalah seperti saiz kertas A3.

Digital kolaj (menggunakan komputer) mestilah tidak melebihi saiz A4, digubah dalam bentuk JPEG dan 300dpi.

Apakah Hadiah Yang Saya Boleh Menangi?
Pelbagai hadiah yang menarik menanti anda: komputer, telefon bimbit, buku resipi hingga ke pemain MP3.

Untuk Mereka Yang Lebih Muda dari18 tahun
Jika anda berumur kurang dari 18 tahun, anda memerlukan kebenaran ibubapa ataupun penjaga yang sah untuk mengambil bahagian dalam peraduan ini.

Tempoh Peraduan Ini
Peraduan ini bermula pada1 hb Disember 2007 dan berakhir pada pukul 12 tengah malam 31 Mac 2008. Semua gubahan kolaj mesti sampai ke alamat seperti di bawah:

Peraduan Radiology Malaysia –Majalah Kidz 2007
c/o Pan Asia Concepts Sdn Bhd (570021-X)
10.01 Wisma Lim Foo Yong
86 Jalan Raja Chulan
50200 Kuala Lumpur

Tel: +603 2144 5733
Fax: +603 2144 6733

Kolaj digital, 300dpi, Saiz A4 dalam bentuk JPEG mesti sampai ke Peraduan Radiology Malaysia-Majalah Kidz 2007
melalui e-mel ke:
contest@radiologymalaysia.org
tidak lewat daripada 12 tengah malam, 31 Mac 2008